Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubalah

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari hulu sampai ke hilir, Pokok kiambang tumbuh melata; Cubalah ingat cubalah fikir, Siapalah dia di depan kita.
Kurik Kundi Merah SagaCubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu.
Kurik Kundi Merah SagaMain wayang dua tiga panggung, Cubalah tilik hikayat Jawa; Badan mana saya nak tanggung, Gajah seekor dua gembala.
Kurik Kundi Merah SagaBi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaMengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaGoreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang dibawa terbang, Bawa terbang terpingit-pingit; Kalau abang tahu membilang, Cubalah bilang bintang di langit.
Kurik Kundi Merah SagaApa datang dari Rengat? Sarat muatan buah rambutan; Abang jangan rindu sangat, Cubalah lihat dalam bulan.
Kurik Kundi Merah SagaSutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca.
Kurik Kundi Merah SagaSutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca.

Kembali ke atas