| Kurik Kundi Merah Saga | Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Asam cuka si ramania, Pancukan baginda Ali; Suka-suka di dalam dunia, Qadak hidup dua kali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada selasih dani, Ikan cuka masak kari; Kalau ada kasih kami, Sapu tangan sampai ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada selasih dani, Ikan cuka masak kari; Kalau ada kasih kami, Sapu tangan sampai ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga. |