Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dah I

Puisi
 

Ada kain lupa ke baju,
     Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
     Kerana aku orang dah hina.


Lihat selanjutnya...(43)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaAda kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir.
Kurik Kundi Merah SagaKalau belah jangan panjang, Itu dah memang adat jati; Saya izinkan puan pulang, Tapi jangan lupa janji.
Kurik Kundi Merah SagaKalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal.
Kurik Kundi Merah SagaHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.
Kurik Kundi Merah SagaPecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.
Kurik Kundi Merah SagaTahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.
12345

Kembali ke atas