Kurik Kundi Merah Saga | Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sekah-sekah dahan rotan, Dipukul ribut senjakala; Saya tidak menaruh intan, Tembaga buruk pada saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa dikenang si dahan pauh, Kalaulah patah tumbuh lagi; Apa dikenang orang yang jauh, Orang lain banyaklah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. |