Kurik Kundi Merah Saga | Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik pulang ke Daik, Ambung-ambung bertali benang; Kalau ada budi baik, Sampai mati boleh dikenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Daik banyak kelapa, Pulau Karimon banyak pegaga; Budi baik payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik menumis lada, Lada ditumis dalam kuali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jauh sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Daik bercabang tiga, Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik pergi menuba, Dapat seekor ikan haruan; Perkara tak baik jangan dicuba, Takut kelak merana badan. |