Kurik Kundi Merah Saga | Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. |