Kurik Kundi Merah Saga | Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan. |
Kurik Kundi Merah Saga | asdf asdf asd afasdf asf |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. |