Kurik Kundi Merah Saga | Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tumbuh batang ke pintu, Papan di Jawa saya dirikan; Jika sungguh cakap begitu, Nyawa dan badan saya serahkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika begini mengalahnya, Kayu hidup dimakan api; Jika begini rasanya, Badanku hidup terasa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dipecut kuda berlari, Manalah kumbang beranak tiga; Jika diturut hatiku ini, Akhirlah padang menjadi gua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya. |