Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging. |