| Kurik Kundi Merah Saga | Datanglah sudah kapal Surati, Pasang bendera setengah tiang; Datanglah sudah si jantung hati, Bulanlah terang disangka siang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berapa jauh negeri Limbang, Datanglah burung pulang ke mari; Berapa jauh dudukku bertimbang, Datang juga berkepit jari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang berangkat ke hulu, Datanglah ubi hanyut melintang; Kalau kukenang masa yang lalu, Makan kelubi serasa pinang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail ikan gelama, Turun ribut datanglah takut; Air surut kapal hilir sama, Air pasang ia tersangkut. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu. |