Kurik Kundi Merah Saga | Encik Daud pulang dari pekan, Sampai hilir mudik ada; Benar diraut yang mana ikan, Di mana pokok di situ ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi sedang kampung Cik Daud, Tempat orang mengangin padi; Petang-petang angin bertiup, Hendak pulang rasanya hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. |