Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yang] | دايڠ

Definisi : 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yang] | دايڠ

Definisi : = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(40)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima.
Kurik Kundi Merah SagaDayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Aspah anak Nualam, Mengembang ku bunga kembang tuli; Ada panasnya bertengah malam, Turun embun bertengah hari.
1234

Kembali ke atas