Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dap] | ددڤ

Definisi : = ~ batik sj tumbuhan (pokok), Ery­th­rina subumbrans; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II.~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dap] | ددڤ

Definisi : nama sj pokok, Erythrina spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedap

Puisi
 

Pucuk dedap belimbing besi,
     Pohon pauh di tepi kolam;
Duduk dekat rasanya benci,
     Duduk jauh rasalah sayang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Laksana bunga dedap,
     sungguh merah berbau tidak.

Bermaksud :

Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDedap mana saya nak tutuh, Dedap dekat limau manis; Budak mana saya nak suruh, Budak bercincin di jari manis.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk dedap belimbing besi, Pohon pauh di tepi kolam; Duduk dekat rasanya benci, Duduk jauh rasalah sayang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok dedap tengah padang, Datang gajah lelai pula; Tengah sedap mata memandang, Kehendak Allah bercerai pula.
Kurik Kundi Merah SagaBunga dedap lebat di dahan, Bila kembang warnanya merah; Kalau cinta menjerat badan, Hati juga selalu gelisah.
Kurik Kundi Merah SagaBatang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun.
Kurik Kundi Merah SagaPokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.
Kurik Kundi Merah SagaKain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Kurik Kundi Merah SagaKain kaca berbunga dedap, Dibawa nakhoda ke negeri Keling; Darah gemuruh rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Kurik Kundi Merah SagaKain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Kurik Kundi Merah SagaKain kaca berbunga dedap, Dibawa nakhoda ke negeri Keling; Darah gemuruh rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
123

Kembali ke atas