| Kurik Kundi Merah Saga | Yu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu katakan tamban, Kalau tamban mana loncatnya; Tuan rindu katakan demam, Kalau demam mana pucatnya? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak lundu katakan tamban, Kalau tamban ada luncangnya; Badan rindu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Riak-riak kata ke toman, Kalau toman nampak riaknya; Nampak layu katakan demam, Kalau demam ada pucatnya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ke laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik. |