Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati.
Kurik Kundi Merah SagaPandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaPadiku lembut padiku ini, Air gunung menjadi padang; Demi kuturut hatiku ini, Bungalah tanjung kubawa pulang.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi.
Kurik Kundi Merah SagaBatu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaAngkatlah dari pasar landih, Membeli tali pasar senyawan; Demi kupandang wajah kekasih, Merosak hati menggugur iman.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.

Kembali ke atas