Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngar.de.ngar] | دڠر٢

Definisi : menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar-dengar

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang.
Kurik Kundi Merah SagaDi mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.
Kurik Kundi Merah SagaHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaHari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila.
Kurik Kundi Merah SagaTetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil cengal buat kemudi, Hanyut batang hambat berhambat; Abang dengar saya baik budi, Abang datang lambat sangat.
Kurik Kundi Merah SagaSecupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.
123

Kembali ke atas