Kurik Kundi Merah Saga | Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |