Kurik Kundi Merah Saga | Sayang berakit berkajang kain, Di mana teluk di mana bertimba; Sayang sakit bercerai main, Di mana duduk di mana bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina pulang ke China, Sampai ke China malam hari; Saya tak ingat di mana-mana, Ingat puan sehari-hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut pandan tiga kelopak, Orang mengail diolak tamban; Entah di mana badan tercampak, Saya menyanyi meninggalkan zaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Daud pulang dari pekan, Sampai hilir mudik ada; Benar diraut yang mana ikan, Di mana pokok di situ ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak. |