Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sa.na] | د سان

Definisi : tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Di sini gunung di sana gunung,
     Sama dengan Gunung Sebandi;
Di sini bingung di sana bingung,
     Sama dengan penerang hati.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Di mana bumi (= tanah) dipijak,
     di sana (= di situ) langit dijunjung.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDi sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka.
Kurik Kundi Merah SagaDi sini gunung di sana gunung, Sama dengan Gunung Sebandi; Di sini bingung di sana bingung, Sama dengan penerang hati.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaHai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga andana bunga andani, Tiga dengan bunga cipur; Tuan di sana saya di sini, Arwah juga berulang tidur.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur pinang dilentuk ayun, Bunga pekan dalam cerana; Dalam perut bagai dialun, Mendengar pesan abang di sana.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.
Kurik Kundi Merah SagaPagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga.
123

Kembali ke atas