| Kurik Kundi Merah Saga | Dibungkus jangan peraca palang, Mari ditaruh di atas peti; Jangan merebut kekasih orang, Kalau tiada tempat di hati. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Mari dibungkus dengan kertas, Dibawa orang dari Palembang; Dalam telur sudah menetas, Tidaklah lagi menjadi bimbang. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Halia dibungkus dengan kain, Hendak dibubuh dalam raga; Boleh saya cari yang lain, Tapi tak dapat seperti dia. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Anuman minta dibunuh, Dibungkus dengan peraca palang; Kalau tidak berhati sungguh, Jangan merebut kekasih orang. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Dibungkus dengan sekarung kain; Sungguh buruk hati berkenaan, Tidak saya mencari lain. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Sirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Sirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. | 
				| Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. |