Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicari

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Hilang dicari,
     terapung direnangi,
terbenam diselami.

Bermaksud :

Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSalah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri.
Kurik Kundi Merah SagaAduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hilanglah tuan boleh dicari, Hilang anak susah dapat.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga ikan tenggiri, Mana sama ikan sembilang; Dua tiga kawan dicari, Mana sama sahabat tersayang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.
1234

Kembali ke atas