Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seperti ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Melupakan kebaikan orang kepadanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaUlat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang.
Kurik Kundi Merah SagaSakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.
Kurik Kundi Merah SagaDari Sekara terbang pipit, Anak ulat atas papan; Usahkan pinang bergigit, Pinang bulat pun saya makan.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah selasih dani, Bunga lalang digulung ulat; Jikalau tuan kasihkan kami, Apa dilarang jangan dibuat.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.
Kurik Kundi Merah SagaCukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak menangkap labi, Lehernya itu jangan dijerut; Ulat yang menelan babi, Cacing pula bengkak perut.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh delima batu, Daun terlantar di Pulau Ulat; Saya jauh di negeri satu, Burung terbang berkirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaMari kita menebang buluh, Di dalam buluh ada ulat; Bukan senang mengenal tubuh, Di dalam tubuh ada sifat.

Kembali ke atas