| Kurik Kundi Merah Saga | Daun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Beringin Simpang Renggam, Padi pulut tanahnya lembah; Abang ini sirih digenggam, Mari ikut sampai ke rumah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. |