Kurik Kundi Merah Saga | Laut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya enam, Mati seekor tinggalnya lima; Dijilat oleh neraka jahanam, Budi Tuhan sudah diterima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke darat menukarkan lantin, Patahlah disulat lagi; Tulah keparat orang Semadin, Sudah diludah dijilat lagi. |