Kurik Kundi Merah Saga | Baik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai. |