Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikutip

Puisi
 

Apa dikutip pisang memandak,
     Pisang baling banyak lagi;
Apa dikutip saya tak hendak,
     Orang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBelah buluh jangan diusik, Kalau diusik menjadi bilah; Bunga tangguh jangan dikutip, Kalau dikutip menjadi salah.
Kurik Kundi Merah SagaApa dikutip pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa dikutip saya tak hendak, Orang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa dikutip pisang nak tumbang, Cincin permata di dalam cawan; Apa kisik abang nak pulang, Air mata sepanjang jalan.
Kurik Kundi Merah SagaPetang hari mengutip kerang, Kerang dikutip si anak Cina; Bukan takut mati berpedang, Hati bimbang hidup merana.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut?
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Kurik Kundi Merah SagaAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.

Kembali ke atas