Kurik Kundi Merah Saga | Roti pandan dilambung kuda, Budak kuning berjaja kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niat di hati tidak yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan bernama todak, Mati puput ditelan tenggiri; Sakitnya tuan dilambung ombak, Nyawa bersangkut di sauh besi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Mahmud bermain tombak, Dang Kasuma menangkap tupai; Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai. |