Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Papan lampung berpusing, Dilihat mari Pulau Labuan; Berapa lama pusing keliling, Baru berjumpa kepada tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Simanggang dipukul ribut, Dipukul dia tebing seberang; Dulu dilihat dapat direbut, Sekarang abang kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Simanggang dipukul ribut, Dipukul dia tebing seberang; Dulu dilihat dapat direbut, Sekarang abang kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mati burung berjambul, Mari hinggap di anak tangga; Dilihat isteri melepas sanggul, Sanggullah kecil bersolek bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderapura Pasatapan, Kan berkumpul dagang di Kerinci; Hati hiba bawa berjalan, Dilihat adik ditangisi. |