Kurik Kundi Merah Saga | Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jauh-jauh kapal datang, Jintan selasih dimasak minyak; Tuan jauh ke mari datang, Terima kasih banyak-banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana perginya si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari. |