Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Kurik Kundi Merah SagaRumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaKepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terup sisip di dinding, Sanalah sini hujung gagangnya; Jangan diharap sepet menyinding, Sanalah sini tuju tantangnya.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di Pulau Dinding, Jerjak bertentang si Pulau Kera; Malangku tuan tiada banding, Tuan seorang penglipur lara.
Kurik Kundi Merah SagaWayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta.
Kurik Kundi Merah SagaTirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.
1234

Kembali ke atas