Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.pa.kai] | دڤاکاي

Definisi : bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipakai

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit.
Kurik Kundi Merah SagaBaju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.
Kurik Kundi Merah SagaBaju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian.
Kurik Kundi Merah SagaBaju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita.
Kurik Kundi Merah SagaBaju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam butang berderai, Dipakai oleh si anak raja; Nyawa dan badan lagi bercerai, Inikan pula kasih dan cinta.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai.
Kurik Kundi Merah SagaBunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.
1234

Kembali ke atas