| Kurik Kundi Merah Saga | Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Seladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jambul tercacak, Mati dipanah Seri Rama; Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu raja Makasar, Cukup dengan rakyat menteri; Jangan dipanah naga yang besar, Naik ke darat karam sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. |