Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke huma boleh ke huma, Jangan dipijak si anak padi; Hendak tanya bolehlah tanya, Tanyalah jangan menyakitkan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau lelang bergugus-gugus, Taruh mari dalam dulang; Harimau mati dipijak tikus, Buaya mati disepit udang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan gelama ikan duri, Tiga dengan ikan sembilang; Saya umpama rumput di bumi, Pagi dan petang dipijak orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. |