Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Daud pulang dari pekan, Sampai hilir mudik ada; Benar diraut yang mana ikan, Di mana pokok di situ ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang ke laut, Tempat Suriani menggesek biola; Kecil molek bagai diraut, Itu sebab hatiku gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. |