Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik jangan direjam, Kalau direjam lemaslah dia; Keris pedang tiada tajam, Tajamlah lagi mulut manusia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam. |