Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Sejuk tubuh diri sendiri,
     Hendak membuat barang makanan;
Nampak pulau sebelah kiri,
     Melihat beting sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Buruk muka cermin dibelah.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).

 

Lihat selanjutnya...(74)

120

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Campak baju nampak kurap

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaIkan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaCik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaCuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri.

Kembali ke atas