Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disebut

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Lain teringat lain disebut;
     bertukar angguk dengan ilallah.

Bermaksud :

Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba.
Kurik Kundi Merah SagaIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.
Kurik Kundi Merah SagaPasang kandil dalam ribut, Budak-budak mencari lokan; Kalimah adil mudah disebut, Tapi susah hendak dilaksanakan.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh perindu dipukul ribut, Jatuh mari di dalam mengkuang; Kalau rindu nama disebut, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaNak ruang ruang selasih, Jangan ditumbuk ditimba lagi; Nak buang buanglah kasih, Jangan disebut sapa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPaku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaBangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau Cik Siti bergulai udang, Campakkan garam dua jemput; Adik bengkeng jangan nak dipandang, Nama abang jangan disebut.

Kembali ke atas