Kurik Kundi Merah Saga | Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik makan padi, Padi disimpan di bawah tangga; Cantik sungguh adik yang tadi, Siang malam terbayang di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh. |