| Kurik Kundi Merah Saga | Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati. |