Kurik Kundi Merah Saga | Burung gok-gok mati di dahan, Mati berlaga burung serindit; Hati mabuk jangan ditahan, Kalau ditahan menjadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk? |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak makan tidak berikan, Ikan dulu makan juga; Hendak berkayuh tidak bersampan, Hati rindu ditahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak makan tidak berikan, Lundu-lundu makan juga; Hendak berjalan tiada berkawan, Hati rindu ditahan juga. |