Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditambat

Puisi
 

Anak lembu ditambat orang,
     Makan padi dalam sawah;
Bawa ilmu padi di ladang,
     Tambah berisi tunduk ke bawah.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ayam ditambat disambar elang,
     padi di tangan tumbuh lalang.

Bermaksud :

Malang sekali; nasib yang buruk. (Bandingkan dengan: Bagai ayam disambar elang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?
Kurik Kundi Merah SagaAyam korek kelabu sentang, Mari ditambat limau nipis; Encik mudik hari dah petang, Bentang tikar tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau saya kerbau jantan, Jangan ditambat di pohon keduduk; Kapur saya kapur berjintan, Jangan diculik dengan telunjuk.
Kurik Kundi Merah SagaNaik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari.
Kurik Kundi Merah SagaCik Yam borek kelabu kentang, Mari ditambat limau manis; Sudah hari waktu petang, Bentang tikar tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat.
Kurik Kundi Merah SagaKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.

Kembali ke atas