Kurik Kundi Merah Saga | Bukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi menanam selasih, Selasih ditanam di hujung serambi; Bagailah mana hati tak kasih, Kerana tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jebak-jebak tanam selasih, Mari ditanam sudut laman; Orang muda jangan berkasih, Kalau berkasih dibuat teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. |