Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanggung

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela.
Kurik Kundi Merah SagaRemuk redam kapal di tanjung, Habis pecah diamuk badak; Rindu dendam sama ditanggung, Hendak menangis bukan budak.
Kurik Kundi Merah SagaHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang.
Kurik Kundi Merah SagaTanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaJangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung.
Kurik Kundi Merah SagaBila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaBeli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung.

Kembali ke atas