Kurik Kundi Merah Saga | Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Turun ke laut menyambar buih; Sayang-sayang hatiku sayang, Hendak ditarik rasa tak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa merah di dalam padi, Pucuk kandis digulai asam; Apa marah di dalam hati, Muka manis ditarik masam. |