| Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal besar dari Ayupa, Hendak menuju kapal Bintulu; Adik-adik jarang berjumpa, Belum ditegur terkidum dulu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa. |