Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diubat

Puisi
 

Ambil badan kerat-kerat,
     Mari letak haluan perahu;
Sakit badan haluan diubat,
     Sakit hati siapa tahu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPipit ampat dibilang anam, Terbang tinggi meninggalkan sarang; Sakit diubat mati ditanam, Itulah budi kenangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan bersegi empat, Lalu ditinggal batu empat; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa melihat.
Kurik Kundi Merah SagaMari ditaruh di kocek lipat, Mari ditaruh di kocek baju; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih sama selasih, Mari taruh atas jambat; Hati kasih bertambah kasih, Hati rindu tak dapat diubat.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih sama selasih, Mari taruh atas jambat; Hati kasih bertambah kasih, Hati rindu tak dapat diubat.

Kembali ke atas