Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dosa

Puisi
 

Banyak nyamuk Kuala Gaung,
     Nyamuk tidak takut api;
Banyak dosa saya tanggung,
     Sedikit tidak takut mati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati.
Kurik Kundi Merah SagaBatu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.
Kurik Kundi Merah SagaTuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.

Kembali ke atas