Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dua kali sepuluh (20); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (jumĀ­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 20 (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh lima nabi terbilang,
     Nabi Muhammad rasul pilihan;
Mati dahulu atau kemudian,
     Itu semua kerja Tuhan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)

211

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima.

Kembali ke atas