Kurik Kundi Merah Saga | Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi dua kali mentah, Dua kali alih tungku; Dapat batu intan bertatah, Batu delima terbuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun. |