Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ku] | دوکو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum; ~ langsat buah drpd pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : bp = menduku mengetuk kepala dgn buku jari, meluku, menyekeh: dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya seakan-akan buah langsat), Lansium domesticum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[du.ku] | دوکو

Definisi : ; menduku mengetuk kepala dgn buku jari; menyekeh; meluku: Dia dimarahi kerana telah ~ kepala adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duku

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHinggap mari di pohon duku, Duku dekat pohon melati; Cintaku puteri belahan jiwaku, Hatiku terlekat sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaDuku dekat pohon melati, Banyaknya di bawah bunga bertabur; Hatiku lekat mungkin ke mati, Rasa jiwa seumpama lebur.
Kurik Kundi Merah SagaPokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna.
Kurik Kundi Merah SagaBuah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.
Kurik Kundi Merah SagaUmpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.
Kurik Kundi Merah SagaBerkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Lubuk Dulang, Umpan mari si kulit duku; Kalau bermain tunangan orang, Nyawa bergantung di hujung kuku.

Kembali ke atas